
PART 3
Tak lama lagi Hanis nak sambung belajar di kolej. Hanis dah dapat tawaran belajar di UiTM Segamat, Johor. Tak lah jauh sampai ke seberang lautan.Tapi mama rasa macam satu kehilangan. Tiba-tiba mama rasa sedih dan sendu bila terpaksa berjauhan dengan Hanis. Walaupun selama ni, Hanis seorang sahaja anak yang selalu bertekak dengan mama. Ada sahaja cakap mama yang Hanis nak bantah. Bila mama suruh itu ini, Hanis mesti jawab tak nak, walaupun Hanis buat apa yang mama suruh. Geram betul mama tengok Hanis sahaja nak usik-usik mama. Itu yang mama malas nak suruh suruh Hanis, ada je Hanis nak jawab.Hanis kata, hiskh.. kenapalah nak kena buat kerja ni semua? Bila mama kata, orang perempuan mesti kena rajin masak. Hanis jawab orang perempuan yang rajin masak selalu tak dapat suami kaya. Perempuan malas masak macam mak long, macam aunty nazura kahwin dapat suami kaya. Hari-hari makan kat luar. Makan tempat best-best..
Sebenarnya mama marah sangat bila Hanis suka lawan cakap mama. Mama selalu kata, lawanlah cakap mama nanti Hanis masuk neraka. Tapi Hanis tak diam di situ sahaja. Hanis mesti jawab.Hanis kata, Hanis masuk neraka sebab mama yang nak Hanis masuk neraka. Kalau mama ampunkan Hanis mesti Hanis tak masuk neraka. Ada sahaja jawapan Hanis. Mati akal mama dibuatnya. Lepas tu, setiap kali walau pergi mana pun Hanis mesti salam minta ampun dengan mama. Kalau mama tak da, Hanis cari mama sampai jumpa untuk salam dan peluk cium mama. Dulu, mama memang kecil hati sangat bila Hanis lawan-lawan cakap mama. Tapi lama-lama mama fikir, kalau ada sekelumitpun rasa kecil hati ibu terhadap anak, pasti hidup anak tak diberkati Allah. Lagipun Hanis selalu minta ampun dari mama. Pelan-pelan mama dapat hilangkan rasa kecil hati tu. Dari situ mama belajar, sentiasa maafkan anak-anak. Kalau mereka tinggi suara, singgung perasaan kita, tegur. Jangan simpan.
Tapi sejak dua tahun kebelakangan ini mama tengok Hanis dah banyak berubah. Ialah manusia berubahkan. Hanis sekarang dah rajin, tak macam dulu.Bila kena buat kerja tak ada dah nak bertekak tekak dengan mama lagi. Dah tak bising-bisng dengan mama sebab tak nak ambil orang gaji. Hanis dah pandai masak. Sambal belacan Hanis paling sedap. Nenek Johor pun puji-puji sambal belacan Hanis. Nasi goreng Hanis pun sedap sangat. Dah setanding macam Nasi goreng kakak Liana buat. Hari tu, Hanis kena masak dua dishes. Nasi goreng untuk adik-adik dan nasi putih berlauk untuk nenek Johor. Nenek Johor tak suka makan nasi goreng. Bila hidangan nasi goreng siap dulu, nenek Johor pun rasa nasi goreng tu. Wah tak sangka, nenek Johor makan tambah-tambah. Tak jadi Hanis nak masak nasi putih berlauk. Sekarang kalau mama tak sihat ke sibuk di luar ke, Hanis dah boleh masak, kemas rumah dan sebagainya. Mama bangga dengan Hanis sekarang.
Walau selalu bertekak dengan mama, Hanis rapat juga dengan mama. Celik mata sahaja Hanis mesti cari mama ajak sembang. Ada je cerita Hanis nak bagi tahu mama. Mama dapat rasa rumah pasti sunyi tanpa Hanis. Lepas ni tak da lah mama nak panggil-panggil Hanis dari bawah suruh turun basuh pinggan, kemas dapur, kemas ruang tamu. Itu dah memang macam tugas Hanis. Kalau ada tetamu nak datang, Hanislah yang paling cekap buat rumah nampak tip top.
Bukanlah mama tak boleh harap kakak. Tugas kakak Liana selalu memasak. Memang cekap dan pandai masak. Setiap kali kakak masak, mama akan tanya, macam mana kakak masak, bahan apa kakak guna. Hanis, kakak dan adik-adik yang lain serentak menjawab ”Ma, setiap kali kenapa mama tanya, kan ayam KLG tu kan mama yang ajar kakak buat”. Bukan apa, sedap sangat! macam nak tahu jugak kot-kot ada bahan lain kakak guna.Tapi bab kemas mengemas ni mama tak sampai hati nak suruh kakak.Kakak lepas kelas selalu nampak penat. Kadang-kadang banyak assignment pulak.
Mama harap cuti semester Hanis jatuh bulan Ramadhan. Bila masuk bulan Ramadhan Hanis rajin tolong mama sediakan juadah bersahur. Hanis selalu pastikan adik-adik makan dan minum cukup-cukup supaya bila puasa, adik-adik tak letih. Hanis sediakan macam-macam game agar adik-adik tak terasa masa berlalu. Kalau bukan bulan puasa pun Hanis rajin layan adik-adik bermain macam-macam game. Sampai sepupu-sepupu suka sangat datang rumah. Kawan-kawan Hanis dan kawan-kawan Alisya pun selalu tidur rumah kita. Bahkan anak-anak kawan daddy pun selalu sangat datang rumah untuk bermain. Rumah sentiasa meriah.
Ini bukanlah kali pertama Hanis duduk berjauhan dari mama, daddy dan adik-beradik. Masa masuk Malaysian Dream Girl dulu, memang dah pernah berjauhan. Tapi itu Cuma 3 bulan bukan 3 tahun. Mama tahu, kami semua pasti rindu sangat kat Hanis. Yang lain mama tak risau sangat. Mama tahu Hanis pandai jaga diri. Hanis budak baik dan selalu ingat Allah.
Masa kat Malaysian Dream Girl tu pun, ramai crew yang kagum cara mama dan daddy didik Hanis.. Hanis memang tegas.Hanis ada prinsip. Ada satu ketika tu sampai kelam kabut krew bila Hanis suruh sediakan minuman lain untuk Hanis kerana masa tu dia orang cuma menghidangkan arak sahaja.
Dari mula memang tak sepatutnya Hanis masuk pertandingan MDG tu. Tapi mama cuma teringin Hanis dapat menang hadiah-hadiah yang best tu. Macam mana pun Hanis patut bersyukur kerana ada hikmah disebalik semua itu. Melalui MDG dapat juga Hanis timba sedikit sebanyak pengalaman.Hanis tahu sedikit sebanyak macam mana sebenarnya dunia glamor. Mama sangat kagum dan bangga yang Hanis langsung tak tertarik dengan dunia macam tu. Disko, clubbing, nightclub, smoking semua tu menyesakkan Hanis. Dan Hanis jangan lupa juga, dari Malaysian Dream Girl orang mengenali Hanis dan sekarang membaca blog Hanis.
Mama harap Hanis teruskan belajar dengan sungguh-sungguh. Bila dah jauh tu, tak dapatlah kakak nak tolong Hanis dalam kira-kira. Sebab tulah bila belajar, Hanis kena bertekun. Jangan leka bercinta. Walaupun melalui sms. Semua tu mencuri masa jugak. Panjang lagi masa Hanis. Mama harap bila Hanis berjaya, Hanis tak kan lupakan keluarga dan bantu adik-adik. Mama doakan Hanis menjadi anak yang bejaya dunia akhirat. Insyaallah.
38 comments:
sedihnya saya baca coretan cik nani. mak saya pun kadang-kadang menangis bila nak berjauhan dengan saya. ye lah, saya dua beradik je. apa-apa pun doakan kejayaan hanis. amin..
wah. hanis dpy masuk UiTM Segamat ke aunty?
tahniah!
UiTM situ mmg best scenery dia waktu pagi2..sejuk jer..
yelah..kata kat kwsn kampung kan..
lps ni mesti ur family rajin balik johor, kan? lgpun segamat dan batu pahat bukan jauh pun. hujung minggu hanis boleh balik kampung jenguk nenek :)
Hey, everyone will get used to it eventually.. She'll be back, be home whenever she's free kan? Don't worry too much. God bless you all :)
A wonderful mother with such a wonderful daughter. :)
cantik sangat gambar itu...
auntie, hanis must be so proud fr having u as a mother. your other kids also.
3 years wont be that long.. pejam jelik nanti habis lah :)
sejuk perut mak mengandung.
Alhamdulillah.
dun be sad
hanis kena belajar rajin2 lepas ni! :)
make your mama proud.
she's lucky to have a mum like aunty (:
don't be sad, she'll be back. she is just doing her job as a human being. plus, she's a nice girl so don't worry. (:
hi aunty,
jgn la sedih2 ye
tak lame pn hanis tu p,,
chill2~
eh aunty..
buat la entry
"anak mama ke-1" pulak ke?
or psl alisya ke?
Doa ibu yg paling mustajab. Saya doakan, akak sekeluarga bahagia dan diberkati. Buat Hanis, belajar rajin2. Ilmu itu bekalan masa depan. It doesn't matter if you become a 'domestic engineer' kemudian hari.
tetibe lepas bace entry ni sy terfikir..adakah hanis ni anak kesayangan?hmmppphhh
auntie mesti rs bangga sgt kan dgn hanis?i wish that i can be like her.to make my parents proud of me.
ouh.hanis pown pasti grateful sgt sbb auntie jd ibu dia.
:)
Sabar aunty nani..
ada hikmahnya berjauhan ni..
lebih banyak merindu, lebih bertambah kasih sayang dlm keluarga..
Salam, kak, you & suami dah didik Hanis dengan baik sekali.
Now apa yang you & suami boleh buat hanyalah berdoa yang terbaik buat dia....kata Ustaz, time berdoa untuk anak,sebut nama & bayangkan wajahnya.Insyaallah, Hanis akan menjadi kebanggaan keluarga.I believe you dah mula start rindu kan dia...maklumlah selama hari nie depan mata.Now jauh dr sisi.Believe me, Hanis pun sure rasa rindu kat you berdua...
hanis sgt untung dpt emak macm auntie. :)
wowowowow..best..walaupon arif tak baca blog melayu sangat...tapi blog satu keluarga auntie arif baca...haha..
woh. bertuah mama..eh.. auntie dapat anak cam hanis. (cewah ayat kipas haha)
whoaa..sampai 3 entry cerita pasal hanis..kalau tak study rajin2 tuh kita mesti ambil tindakan! Hanis, ini amaran terakhir yang pertama!
i love the way you teach your daughter :)
i think you raised a fine daughter. while watching MDG i can see how uncomfy she was with the clubbing and drinking thing. she was also visibly uncomfy with the first photoshoot. the one with the hotpants
at least he has principles!
hey thanks for writing this. now we blog readers know how hanis is like behind her gila-gila exterior in her blog. we now know the real hanis so to speak
ha ha
what a wonderful mom u r..=)
u r very proud of her..n she will feel the same way as well!!
god bless u guys..
auntie so motherly..
juz like my mother..
baru saya tau upenya ada sakit ati jugak ye kalau lawan kata even main2 je..sy ada jugak wat cmtu..tpi dulu2 la..skarang dah baek..
all the best to hanis ;)
aunty, you are so sweet.
Oh..UITM Segamat ya? tahniah hanis...alah kakak..cuma tiga tahun saje. Tak lama...
such a lovely post. T_T
so blessed to have Hanis in your family (and of course the other siblings as well) :)
shweet entry.
what about entries for other children?^_^v.
i think each of them must be as unique and special like hanis
Tulah pasti saya akan merindui kerna berjauhan. Semua ibu begitu....
Pasti saya akan membuat entri anak-anak yang lain... insyallah sekarang ni sibuk sikit dengan tempahan kek coklat.
You all cerita pasal UiTM Segamat, teringat masa aunty kecik kat kampung di johor. Pagi2 kabus tebal boleh berlanggar basikal tak nampak jalan. Cakap berasap mulut. Mandi air parit tanah gambut. sejuk yang amat sampai sehari cuma sekali mandi. Tak tahan sejuk.Situlah mandi, situlah basuh baju.Situlah jugak main rakit batang pisang. nostalgia betul...
like mother like daughter..kamu berdua sangat menawan, and im sure that hanis is a good daughter! jgn riso la aunty. she will absolutely knows how to carry herself even she's distance away from your family. =)
aunty i lurve u n your family..
donno y tapi saye amat respect d way aunty didik anak2 aunty..
"Pelan-pelan mama dapat hilangkan rasa kecil hati tu. Dari situ mama belajar, sentiasa maafkan anak-anak. Kalau mereka tinggi suara, singgung perasaan kita, tegur. Jangan simpan."
mama saya pun slalu cakap macam ni kat saya everytime i buat perangai. haha...
sedihlah... huhu i cried by the time i finished reading this. adehh.
may God bless us all with taufik+hidayah for us to better ourselves for this life and the next. insyallah.
amin...
Cikika : Insyallah, aunty yakin Hanis boleh bawa diri. Tetapi aunty tahu yang aunty akan rasa sangat sunyi bila dia berjauhan dari rumah.
xoxo : Terima kasih xoxo. Kebahagiaan hidup berkeluarga itu penting. Kalau semua orang menyedarinya.
Zettyness : Kita memang perlu sentiasa memperbaiki diri yang sentiasa kekurangan ni.
Pandai nya puan didik anak2. dahla anak2 cantik smua..tapi pandai masak kemas rumah. Untung siapa yg jd suamu mereka nnti. Hanis tu klw 1 hari dia meletop sbg pelakon, mesti dia tak kan lupa diri kan. dia bdk yg cantik yg baik hati:-)
salam un nani
hm
camne sy nk ckp ek
bismillah
un nani,sy sbnarnye nk mnta maaf
betul2 mnta maaf
typical manusia kn
slalu judge people by its cover
sy telah fikir yg bkn2 kt un
ye la
anak2 un kn.....
un faham kan
tp bila sy bca blog un
sy dh mula faham
kdg2 kita hy berharap
semua ibubapa nk anak2 dia soleh/ah
yg dpt doakn mrk bila maut memanggil2
tp
ALLAH yg Maha mengetahui
susunan yg sgt3 cantik utk setiap hambaNya
siapa tahu kpd siapa hidayah yg Dia nk berikan atau ditarik
un tulis mcm nih
penuh dgn harapan dan doa pd anak2 un
un dh usaha didik anak2
dn masih sdg berusaha
smoga un akn terus berusaha
mengetuk pintu2 hati mrk
bersedia utk hidayah meresap masuk
skrg terpulang pd mrk utk nilai sndiri
hidup pnuh ujian
utk hapuskan dosa2 lampau
atau mengangkat darjat hamba
ini salah satu ujian utk un
kn
skali lg sy mnta maaf
sy doakan agar kita semua sentiasa dlm rahmat dan keberkatanNya
mmg itu pn yg kita damba2 kn
harap2kan dr Dia
tak dpt yg lain pn takpe
sama2 kita doakn ye un
sesungguhnya doa itu snjata org mukmin
"dan org2 yg berusaha utk mencari keredhaan Kami,Kami akn tunjukkn kpd mrk jln2 Kami.Dan sungguh,Allah beserta org2 yg berbuat baik." (29:69)
-hamba yg Lemah
5.38am
(+2)bumi yg diberkati
salam un nani
hm
camne sy nk ckp ek
bismillah
un nani,sy sbnarnye nk mnta maaf
betul2 mnta maaf
typical manusia kn
slalu judge people by its cover
sy telah fikir yg bkn2 kt un
ye la
anak2 un kn.....
un faham kan
tp bila sy bca blog un
sy dh mula faham
kdg2 kita hy berharap
semua ibubapa nk anak2 dia soleh/ah
yg dpt doakn mrk bila maut memanggil2
tp
ALLAH yg Maha mengetahui
susunan yg sgt3 cantik utk setiap hambaNya
siapa tahu kpd siapa hidayah yg Dia nk berikan atau ditarik
un tulis mcm nih
penuh dgn harapan dan doa pd anak2 un
un dh usaha didik anak2
dn masih sdg berusaha
smoga un akn terus berusaha
mengetuk pintu2 hati mrk
bersedia utk hidayah meresap masuk
skrg terpulang pd mrk utk nilai sndiri
hidup pnuh ujian
utk hapuskan dosa2 lampau
atau mengangkat darjat hamba
ini salah satu ujian utk un
kn
skali lg sy mnta maaf
sy doakan agar kita semua sentiasa dlm rahmat dan keberkatanNya
mmg itu pn yg kita damba2 kn
harap2kan dr Dia
tak dpt yg lain pn takpe
sama2 kita doakn ye un
sesungguhnya doa itu snjata org mukmin
"dan org2 yg berusaha utk mencari keredhaan Kami,Kami akn tunjukkn kpd mrk jln2 Kami.Dan sungguh,Allah beserta org2 yg berbuat baik." (29:69)
-hamba yg Lemah
5.38am
(+2)bumi yg diberkati
Post a Comment