Thursday, September 11, 2008

Majalah Rasa dan Resepi Tauhu Bakar Enak

Kenapalah banyak sangat nyamuk di rumah saya sejak kebelakangan ini. Puas saya tinjau segala pasu dan bekas-bekas terdedah. Manalah tahu kalau-kalau ada takungan air yang membiak jentik-jentik. Semuanya okey. Setahu saya mana-mana bekas yang menakung air saya letak ikan guppy untuk mengelak pembiakan jentik-jentik.

Setelah saya mengintai-ngintai laman jiran sebelah barulah saya tahu, ada banyak jentik-jentik dalam takungan 'mini water fountain' nya yang belum siap-siap sejak dua tahun yang lepas mungkin kerana penghuninya belum berpindah masuk lagi. Beberapa bulan lepas saya ada mencampak beberapa ekor ikan ke dalam kolam kecil tu. Tetapi entah macam mana ikan-ikan itu boleh hilang.Mungkin mati ketika kolam kering pada musim kemarau.




"Nak tumpang tidur je, kan letih puasa ni".


Kemudian saya dapat idea mencampak garam halus ke dalam kolam terbiar tu. Harap-harap semua jentik-jentik dalam kolam tu terhapus.




"Mama cukup ke garam setengah paket ni?".Imran memanjat pagar untuk mencampak garam seperti yang saya suruh.




Saya sambung balik buat jem nenas untuk memenuhi tempahan hari raya ni. Nenas yang dah saya kupas saya parut dan tapis dan asingkan airnya. Saya masak atas api perlahan dan tambah gula agar rasanya menjadi lebih enak. Jem nenas perlu sentiasa di kacau agar tidak hangit atau berwarna kehitam-hitaman. Selain resepi pastri tat yang gebu, jem nenas yang manis dan enak juga sangat penting untuk menghasilkan tat nenas yang sedap.





Nenas manis berharga rm2 sebiji ni khas dari Thailand untuk jem ni ,saya minta kakak ipar yang berada di Perlis tolong belikan.


"Homemade" jem nenas ini jauh lebih sedap daripada yang siap dijual di kedai-kedai menjual barangan kek.


Selain daripada mengutarakan resepi-resepi di dalam blog saya ini, resepi masakan saya juga boleh anda dapati di majalah keluaran Karangkraf iaitu majalah RASA. Cuma saya agak terkilan mendapati resepi kek masakan saya yang terdapat dalam majalah tersebut tidak menyebut lengkap jenama bahan-bahan yang saya gunakan. Mungkin atas sebab-sebab tidak boleh 'promote' sesuatu jenama tanpa bayaran maka resepi saya yang lebih terperinci menyebut jenama produk tidak disiarkan. Saya harap hasil resepi yang ada di majalah itu tidaklah berbeza sangat dengan masakan sebenar yang saya hasilkan.




Selain Kek Coklat, tudung coklat memang kegemaran saya. Saya tak kan beli tudung lain melainkan tudung baru yang sama jenis dan warna sekadar untuk salin-salin.


Contohnya, resepi kek kukus buah-buahan di dalam majalah itu mungkin tidak jadi seperti yang saya hasilkan kerana ia tidak menyebut jenama mentega 'golden churn' iaitu mentega dalam tin yang harganya agak mahal iaitu rm11.50 satu.Dengan ertikata lain anda harus mencuba pelbagai produk mentega yang mahal dan berkualiti untuk menghasilkan biskut dan kek lebih enak.



Kek Batik Coklat yang sedap ini adalah kegemaran anak saya Hanis.


Walaubagaimanapun saya kagum atas initiatif pengarang majalah RASA kerana dapat mewujudkan satu majalah masakan yang betul-betul menampilkan resepi sebenar dari tukang masak. Sejak mendapat majalah tersebut, saya telah mencuba dua resepi iaitu 'Laksa Johor dan Sup Cendawan Berkrim'. Hasilnya memang menjadi dan enak.





Memang berbaloi anda mendapatkan naskah ini.

Dalam kesibukan saya menyiapkan tempahan biskut raya, ketiga-tiga anak kecil saya, merengek-rengek nak mencuba resepi Roti Ban Manis dari majalah tersebut. " Ma, boleh tak kita orang buat roti ni?" pinta Imran sambil menunjukkan mukasurat tersebut. Sambil acuh tak acuh, saya jawab "buatlah!". Kemudian, Imran bertanya lagi, "ma, dalam ni dia tulis tepung saja, jadi nak guna tepung apa?"Oh! okey, mujurlah saya sudah biasa dengan masakan, jadi saya suruh Imran guna tepung roti (bread flour).



Kalau anda sekadar semata-mata merujuk pada satu resepi pasti anda akan guna tepung gandum untuk resepi yang mempaparkan hanya perkataan tepung sahaja. Mungkin kerana tukang masak mahu resepi itu nampak mudah dan senang diikuti, jadi bahan-bahan yang ditampilkan tidak begitu terperinci. Walaupun resepi betul, tetapi mungkin hasilnya tidak sama hanya kerana penggunaan tepung yang berbeza.


Bagi anda yang amat berminat dalam bidang masakan, selain dari masak menggunakan resepi dari majalah atau buku-buku masakan, anda juga perlu menghadiri kelas-kelas masakan untuk menimba ilmu memasak yang tidak boleh diperolehi dari buku-buku masakan.Untuk pengetahuan anda, kelas masakan anjuran sebuah kedai menjual barangan kek yang terkenal di Puchong sangat bagus dengan bayaran yang amat berpatutan.



Ehmm... maklumlah bulan puasa, dapat bau pun jadi, apatah lagi segar dari ketuhar. Siapa sangka, anak-anak sekecil Alisya, Hafiiz dan Imran ni berjaya membuat Roti Ban Manis yang enak dan lembut ini.



Memang mengkagumkan, tanpa bantuan saya mereka dengan mudah berjaya menghasil satu doh roti. Kemudian anak-anak saya memanggil saya dan bertanya apa yang harus di buat selepas itu. Saya tunjuk ajar mereka supaya merehat doh di bawah tuala lembab selama 30 minit dan kemudian bentukkan doh itu dan letak di atas dulang pembakar yang telah disapu minyak. rehatkan lagi selama 15 minit dan bakar.



Wah, ini lah pertama kali saya lihat resepi yang terlalu mudah tetapi hasilnya sangat bagus. Begitu mudah sehingga anak-anak kita boleh membuatnya. Roti tersebut rangup diluar dan sangat lembut di dalam. Saya harap anda akan mencuba dan kalau ada sebarang kemusykilan saya pasti pihak penerbit majalah bersedia melayani pertanyaan anda.




Hijrah Rohani :
Adapun kikir atau kedekut itu adalah satu sifat yang buruk.



Allah Ta''ala Berfirman :-
"Barangsiapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, maka mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia". (Al-Hasyr:9)


Dan Sabda Rasullah s.a.w :-

"Sifat murah hati itu adalah suatu pohon di syurga, sedang ranting-rantingnya berada di dunia. Barangsiapa yang bergantung dengan rantingnya, nescaya ia akan terpimpin ke syurga, kerana tidak akan masuk syurga kecuali orang yang murah hati sahaja. Dan sifat kikir itu adalah suatu pohon di neraka, sedang ranting-rantingnya berada di dunia. Barangsiapa yang bergantung dengan rantingnya, nescaya ia akan terpimpin ke neraka, kerana tidak akan masuk neraka kecuali orang yang kikir sahaja".





Seronok saya dapat berkongsi resepi dan ilmu untuk anda semua. Kali saya sertakan resepi Tauhu Bakar untuk anda cuba.



TAUHU BAKAR



Ingredients :


8 pieces tau pok (Deep Fried tofu), cut each piece into 4 pieces and grill until brown and crispy.

300 gm beansprout, tailed.

300gm cucumber, slices into thin strips.

300gm roasted peanut

50gm roasted sesame seeds


For The Sauce (Ground Spice Ingredients):-


6 shallots

4 cloves garlic

100gm dried prawn


1tsp belacan stock granules

5 tbsp dried chillies paste


500 gm prawn paste (hae ko or petis udang)

3tbsp oil


Seasoning :-


1tbsp vinegar to taste

5tbsp sugar to taste


Methods :-

Heat oil and fry ground spice ingredients till fragant. Add prawn paste and seasoning. Cook over a gentle heat. Adjust seasoning to taste.


To Serve : Arrange the grill tofu on the plate. Top with beansprout and cucumber. Pour sauce over and top up again with ground roasted peanut and sprinkling of sesame seeds.Tofu must be eaten immediately or it will turn soft and watery.

21 comments:

ohmygawd said...

aunty!! i love love love kek batik. tapi selalu buat tak jadi:( boleh tak ajar kat blog u? saya belajar kat luar negara skrang. tak dpt nak beli buku resipi RASA tu!! pls pls plsss!!!

Zaini said...

alisya (betulkn?) dgn expressi tu.kute btol.




haha.

NaniRostam said...

ohmygawd : Wah macam Hanis, peberet kek batik. Okey kalau mcm tu aunty akan 'post' lepas ni.

Zaini :memang budak sorang tu memang kute, lagi 3 jam nak buka dah duduk kat meja makan menghadap roti ban manis yang semerbak tu..first time masak.

Hanis Zalikha said...

haha adik-adik ku gila ah pawer

Anonymous said...

waaa...auntie ur children can cook a... hehehe...good for them..

Umie said...

"Kalau anda sekadar semata-mata merujuk pada satu resepi pasti anda akan guna tepung gandum untuk resepi yang mempaparkan hanya perkataan tepung sahaja. Mungkin kerana tukang masak mahu resepi itu nampak mudah dan senang diikuti, jadi bahan-bahan yang ditampilkan tidak begitu terperinci. Walaupun resepi betul, tetapi mungkin hasilnya tidak sama hanya kerana penggunaan tepung yang berbeza".

aunty, u r absolutely right!!.. saye selalu juga refer buku2 resepi & online recipe utk kuih-muih,cookies,kek ...etc.. mostly mmg tak terangkan dgn details tepung apa yg digunakan.. 4 a amateur cooker mcm saya nie mmg akan confuse la kan?..1 thing, they should provide a tips where we can get that particular bahan2 kan aunty!...hehehe

btw,saya sgt kagum dgn '3 musketeers' tu...hahaha.. they r really awesome!!!

siewkwan said...

Wah aunty, you are sooooo talented laaaa. I love all your recipes, I saw your book being advertised by Hanis, I will get one when I see it. :D

penanya (?) said...

boleh saya jadi anak autie??

NaniRostam said...

Hanis : Hanis tak puasa patut lagi pawer.

anon : Good for me also. Can take more rest.

Umie : Tak pe belajar pelan-pelan Nak jadi pandai, mesti pernah buat silap.

yoyo budak tiga tu pembantu setia.

Siewkwan :I'm still learning. Much more to learn.

Penanya :Anak ada banyak anak. Nak jadi anak apa?

CaRoLiNe said...

wow... nice cake & pineapple tart!

Cik Kiah said...

aunty,

one question...what kind of vinegar do u use for the seasoning tauhu bakar?

i only have cider vinegar at home which i have not used it yet.

thanks aunty for sharing the receipe.

semoga Allah sentiasa memberkati aunty and family,insyaAllah.

Cik Kiah

NaniRostam said...
This comment has been removed by the author.
NaniRostam said...

Caroline : Nothing can beat homemade. The freshness from the oven. Come overlah for this hariraya.

Cik Kiah : You can use any type of vinegar as long as there is sour agent according to your taste. You can also substitute it with tamarind juice if you like.

Terima kasih cik Kiah, mudahan-mudahan kita dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

Anonymous said...

maknye comel pakai tudung. wondering kamu tak kisah anak2 kamu pakai seksi2?
terfikir.

NaniRostam said...

anon : terima kasih kerana ingat mengingatkan kepada kebaikan adalah sesuatu tanggungjawab setiap muslim yang diperintah Allah.

Dulu maknye masa-masa umur 18 tahun pun pernah seksi.jiwa remaja. Tapi alhamdulillah bila umur 19 tahun berkahwin, pelan-pelan berhijrah menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Untuk anak-anak, saya lebih bersifat terbuka, anak-anak selalu berkata mereka ingin menjadi seperti saya setelah mereka bertemu jodoh (menutup aurat).Cuma setiap solat saya berdoa moga-moga Allah panjangkan usia kami semua dan mati dalam husnul khotimah (iaitu mati dalam keimanan).

Allah berfirman :

"Oleh kerana rahmat Tuhan, maka engkau (ya Muhammad) bersifat lemah-lembut terhadap mereka. Andaikata engkau bersifat kasar dan berhati bengis, nescaya mereka akan lari dari sisimu."

(Ali Imran:159)

farizzet said...

rugi taruk garam kat kolam terbiar. takkan mati jentik2 tu. kambus ngan pasir.

capik said...

kak, buleh bg saya contact kedai puchong tu tak?

ecah, terbang di awangan said...

aunty,
ape kate aunty bukak kelas belajar memasak je . ok x . ? huhu .

Anonymous said...

auntie,

i know i've back dated but i've search since 15 oktober the book already sold out, I wish i could get one .

erm, auntie ade extra copy ker? It would be very grateful if i can buy from u,(if u got few copy). I lurve to have one copy of that book (rasa, oktober 2008 edition)

Thnx auntie

hope can reply me auntie at this email add:myfuel@yahoo.com

Aina Aadnan said...

yummmy!

tuan din said...

Saya juga pengemar tegar kek batik!! tempat yg pasti ade jual kek batik bila saya teringin adalah di Cafeteria UiTM S.Alam. Saya sanggup masuk dalam uitm tuk beli kek Batik. Pernah buat tapi jadi terlalu manais... auntie dah post resepi kek batik?